Friday 6 May 2011

Gudang penyimpanan emas terbesar di dunia

Posted by Roz / edited by Syamiel Amier

Sesuai dengan namanya, Federal Reserve Bank of New York letaknya di New York terletak di 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini di buka pada 16 November 1914 (sama tahun kewujudan skolah aku St. George Taiping.. hihihi..) dan tempat inilah anda akan dapat melihat emas yang banyaknya nauzubillah banyak  dan tidak mungkin akan pernah anda lihat seumur hidup anda kerana disinilah terdapat vault ( ruang penyimpanan) emas terbesar di dunia.

 
Di vault ini terdapat 10 % dari cadangan emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit. Emas yang ditempat disini bukan hanya berasal dari Amerika Syarikat tetapi sebahagian adalah merupakan hasil simpanan dari 36 negara lainnya, yang menggunakan khidmat bank ini.

Tidak sembarangan orang dapat memasuki kawasan ini apatah lagi mendokumentasi / merakam tentang apa sahaja yang ada di dalam vault tersebut. Jadi berbahagialah anda yang dapat melihat vault penyimpanan emas terbesar di dunia tersebut. Walaupun hanya melihat, tapi sedikit sebanyak akan dapat menambah pengetahuan kita.